#30


Dulu
Aku suka sangat dengan K.A.M.I
Kerana aku ingin menjadi seperti mereka
Yang punyai persahabatan yang best gila

Akhirnya
Setelah masuk dan tinggal asrama
Aku dapat apa yang K.A.M.I  ada
Kawan yang senang dan susah bersama

Ada suatu masa
Ketika semua ada masalah
KAMI menangis bersama-sama
Melepaskan segala perkara yang bersarang di jiwa

Pernah tinggal jauh dari keluarga ?
Mesti kamu tahu bagaimana rasanya
Poket tidak selalunya berisi dan terpaksa berdikari
Makan pula tidak terjaga

Pada masa genting begini
KAMI selalu berkongsi rezeki
Makan maggi kena berkongsi
Agar semua perut dapat di isi

Bestkan
Dapat sahabat seperti mereka
Belajar bersama
Main bola tampar hingga tangan merah
Jadi gila bila berjumpa
Ketawa sampai tidak ingat dunia
Menangis tanpa menghiraukan mata mata yang sedang memandang keji

Aku Cintakan KAMI
gambar agak skema :)

No comments:

Post a Comment