#31


Kawan
Tiba tiba aku rasa menyesal kenal kalian
Kerana setiap kali aku sendirian
Kamu yang ku rindukan

Teman
Setiap kali ku kesepian
Kamu yang berlegar di kotak fikiran
Kenapa mesti kamu yang aku inginkan ?

Rakan
Rasa semacam yang tidak lengkap jika kamu tidak terlihatkan
Mungkin kerana kita selalu bergila-gilaan
Ketika kita di dalam kesunyian

Kan elok jika dulu kita tidak ditemukan
Semua saling tidak berkenalan
Tidak juga kamu ku ingatkan
Tapi  kita tiada hak melawan takdir tuhan

Memang aku menyesal kenal kalian
Tapi di sisi lain
Perkenalan kita adalah kenangan yang tidak aku lupakan
Kerana kamu yang aku sayang sekarang sehingga masa akan datang.

No comments:

Post a Comment