#28


pagi tadi
10 minit sebelum midterm bermula
pensyarah suruh kebelakang sekali
agar dia dapat letak kertas soalan di kerusi

setelah selesai soalan di agih
kami pun segera duduk di tempat sendiri
apabila melihat soalan yang diberi tadi
OMG. beterbangan segala yang telah dipelajari

otak rasa sakit gila
penat mengimbas kembali apa yang pernah ada di kepala
rasa macam mahu cabut kepala pun ada
tapi tidak tahu bagaimana caranya

Tiba-tiba
dari arah belakang muncul 6 pensyarah
masuk ala-ala model luar negara
senyum-senyum dengan pelajar yang ada di kiri kanan mereka

fullamaaaaak
ramai gila pensyarah aku bawa
dia yang berada di hadapan siap berkata
"haaa, ambik kamu . nakal lagi '

ohhh my pensyarah
kenapa aku rasa Midterm miss kali ini kalah-kalah degree.
Masterskill book of record kali aarh
6 pensyarah menjaga dalam satu masa.

#midterm Medical Parasitology kali ini adalah saat yang tidak akan aku lupa



No comments:

Post a Comment