#27


ketika aku sendirian
tiba-tiba aku rindu mereka
mereka yang pernah aku kenal di bangku sekolah
mereka juga yang dulu pernah jadi kawan bergila-gila

saat ini
aku rasa kejam gila
apabila terkenang zaman sekolah
sahabat selalu jadi mangsa

zaman dahulu kala
ketika aku marah
teman terpaksa diam tak terkata
kesian mereka.terpaksa pendam rasa

pernah suatu ketika
aku bergaduh dengan mereka
duduk bersebelah meja
tapi langsung tak bertegur sapa

aku masih tidak boleh lupa
punca pergaduhan kami berdua
dia mengadu kononnya aku selalu pukul dia
maaf kawan.tangan aku tidak dapat kawal la

teman
aku sangat kejam dengan kalian kan
walaupun aku tahu aku punya salah
kalian juga yang terpaksa minta maaf agar kita dapat bergila semula

sahabat
maaf kerana menyiksa jiwa raga kalian selama kita berkenal
aku tidak mahu jadi pembunuh hati manusia lagi
tapi serius aku katakan. aku rindu mahu pukul kamu

#tangan aku masih tidak dapat kawal kelajuannya

No comments:

Post a Comment