#33


Manusia
Setiap orang berbeza cara
Ada yang diam seribu bahasa
Ada juga yang ketawa tak ingat dunia

Tapi
Si manusia yang konon nya selalu gembira
Tidak semestinya tiada masalah
Kebanyakan golongan mereka la yang terlalu  memendam rasa

Si pendiam pula
Tidak semestinya dia banyak masalah
Mungkin dia malas untuk berkata-kata
Mungkin juga dia sudah terbiasa untuk tidak bersuara

Seperti seorang rakan yang aku kenal
Di hadapan kami dia selalu kental
Sehingga suatu malam ketika dia tidak sedarkan diri
Dia meruntuhkan tembok ego itu dan  menangis sepuas hati

Aku sedih mendengar setiap bait bait bicara nya
Aku tidak tahu mahu bicara bagaimana
Dan aku tidak ingin dia tambah terluka
Kerana aku tahu dia sudah cukup tersiksa

Kawan .
Terkadang , Aku juga seperti kalian
Aku kuat luaran
Tapi merana dalaman

Wahai teman-teman
Sekuat mana pun kita
Sebanyak mana pun masalah yang menimpa
Semuanya pasti ada hikmah di sebaliknya

#semua itu ketentuanNYA .  Jadi kita harus terima

No comments:

Post a Comment