#32

Setelah sekian lama
Akhirnya aku mengalirkan airmata
Mungkin kerana aku penat memendam rasa
Agar nampak kuat di mata semua

Aku pun tak tahu kenapa
Tiba-tiba empangan itu pecah
Sakit jantung juga semakin redha
Lega di dada juga makin terasa

Sejujurnya ,
Aku memang mahu menangis ketika
Semua sedih melanda diri
Tapi aku malu kerana mereka percaya aku hati batu

Apa apa pun
Terima kasih kawan
Kerana temankan aku di saat itu
Memeluk dan menasihatkan aku

#Terima kasih juga kerana pinjamkan paha

No comments:

Post a Comment