#35


Semenjak kecil
Aku di ajar untuk tidak melawan kata orang tua
Sentiasa ikut kata
Dan terpaksa pendam rasa

Dahulu kala
Aku dan adik lelaki selalu jadi mangsa
Batang penyapu , pembaris panjang , rotan kayu bapa
Sehingga badan kami berdua dipukul  sekuat hati tiada rasa.

Jika di imbas semula
Sedih itu memang ada
Tapi aku sangat beterima kasih dengan bapa
Kerana membuatkan aku kuat jiwa raga

Pernah suatu ketika
Sesiapa sahaja lalu depan rumah
Pasti akan jadi mangsa buli aku
Menyekat mereka agar tidak lalu

Semasa kecil
Aku memang gila
Mungkin kerana aku terbiasa dipukul bapa
Sehingga hobi dia mengalir di dalam darah merah aku

Budak budak kecil di kediaman ku dahulu
Tidak berani melawan setiap kata ku
Kerana jika mereka tidak mengikut kata
Pasti akan ku kacau sehingga jera

Lucu juga bila aku ingat semula
Hobi aku yang gila gila
Memukul orang ikut suka
Sehingga beberapa orang  ibu bapa mereka datang rumah
Tapi bapa tetap kata aku tidak bersalah . Hahaaaa

4 comments:

  1. mana tumpah kuah kalau tak ke nasi..

    ReplyDelete
  2. NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman bl0g pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow

    ReplyDelete
  3. NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman bl0g pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow

    ReplyDelete
  4. sah anak bapak.. ^_^

    p/s: kirim salam mem baju putih uh.. hehe.. comey mata dya..

    ReplyDelete