#48

Hari ini
Genap  6tahun 5bulan aku menunggu bas di perhentian ini
Menunggu tanpa henti
Menunggu tanpa jemu
Menunggu tanpa menghiraukan bas yg singgah di sini

Tanpa aku sedar banyak bas singgah di tempat aku berdiri sekarang
Membawa aku pergi ke tempat yang aku inginkan
Tapi aku tidak pedulikan bas2 berkenaan
Aku biarkan mereka singgah dan terus pergi secara perlahan-lahan

Pernah suatu ketika
Ada sebuah bas singgah dan pelawa aku pergi ke destinasi yang aku suka
Ketika itu aku rasa bahagia seketika
Tapi perjalanan kami tidak lama.
Aku mula tersedar yang sepatutnya aku tidak naik bas kau
Aku tidak patut curang terhadap bas yang aku selalu ikut dahulu.
Saat itu juga aku turun dan biarkan bas itu berlalu.

Sekali lagi
Aku setia menunggu dari pagi hingga malam di perhentian ini
Menunggu bas yang pernah pelawa aku 6tahun 5bulan lalu
Aku berharap bas itu membuat pusingan U-turn dan menjemput aku kembali
Tidak kira jam berapa sekalipun dia datang aku tetap akan tunggu.

Sayang sekali
Hari ini tuhan sedarkan aku dari khayalan
Tuhan sedarkan aku bahwa bas yang aku tunggu2 itu telah penuh
Sehingga bersesak-sesak pun tidak dapat.
Bas itu juga sudah bertukar warna , arah tuju , malah juga sudah bertukar nama.
Bas itu juga sudah bersumpah setia dengan penumpangnya
Sebenarnya dia mahu juga membawa aku menaiki basnya
Tetapi penumpangnya bakal sewa dia seumur hidup, aku sudah tiada peluang disitu.

Puas aku menangis
Sehingga tidak ada setitis pun airmata yang menitis.
Aku rasa bersalah terhadap diri sendiri kerana menyiksa anggota badan ini.
Aku juga mula berusaha meyakinkan hati bahwa aku tidak berharap
Tapi hakikatnya aku sangat2 la berharap
Semoga suatu masa nanti bas tersebut menjemput ku kembali.

#aku penumpang bas yang sangat setia :'(

2 comments:

  1. i know how u feel sayang
    penantian itu sangat menyakitkan..
    sabar banyak2....~~~
    if die milik awak,sejauh mana die pergi ia pasti akan datang jemput awak~~

    ReplyDelete