#69


Ya
tiba-tiba aku merasa
tanpa ada sesiapa
yang bergelar kawan yang hanya tahu berpura-pura
membuat aku berkata "sendiri itu indah"

ingin saja aku khabarkan
kepada kalian
bahawa mereka tidak kuperlukan
ketika aku susah mahupun senang

bukan takbur yang ingin ku nyatakan
tetapi itu la yang aku rasakan sekarang
indahnya waktu sendirian
bertemankan bayang-bayang.

tiada siapa boleh menilai 
tiada siapa boleh mengata aku ikut suka
kerana aku langsung tak kacau mereka
apabila aku buat gila .

nota gila : suatu masa kita semua akan bersendirian juga

4 comments:

  1. Aku setujuuuu!
    Terkadang aku rimas, tahu? Ditarik ke sana, ke sini. Bagai aku diikat pada tali yang ditarik oleh mereka-mereka yang cuma mahu merajai aku.
    Nah, aku lari ke tempat sendiri.

    :D

    ReplyDelete
  2. kan3x .. setelah puas kita di perguna . mereka hilang entah kemana . bila mereka perlu baru nampak wajah celaka ^^,

    ReplyDelete