#75

semalaman aku sakit
sakit itu semakin merebak
sehingga tidur pun terganggu
akibat perkara pagi kelmarin

aku masih tidak habis fikir
kenapa perlu dia di bela ?
padahal terang-terang itu semua dia punya salah
huuu, pilih kasih gila !

ohh Ayah .
kau tahu tidak
aku kecewa gila 
dengan kau punya gaya !

aku cakap sikit
kau terus naik marah
KERUSI KAYU itu
kau jadikan bahan untuk pukul aku !

sentap aku
cakap sikit lagi .
penampar yang ingin kau bagi
seolah-olah aku yang bersalah dalam hal ini .

heyyy Ayah .
umur aku sudah masuk 20
kenapa masih di perlaku
seperti budak darjah satu .

hmmmm
sudah la
benda pun sudah berlaku
teruskan saja bela anak perempuan kau yang lagi satu !!


11 comments:

  1. Ayahmu tetap seorang manusia, punya kesempatan berbuat khilaf.
    Maafkan,moga tuhan jernihkan semuanya.

    ReplyDelete
  2. ada ke ayah yg sanggup pukul anak guna kerusi kayu..? mungkin ada yg mengganggu fikirannya kot.. dan ayah, jika bermasalah dgn mak..jgn anak jd mangsa ok..

    ReplyDelete
  3. hmmm .. ntah la .. mayB da lama dia mahu pukul aku kot .

    ReplyDelete
  4. Jangan cuma sabar. Ini semua bukan salah kau, jangan salahkan diri sendiri. Aku tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
    Aku tak tahu situasi sebenarnya, tapi aku lihat, kau tak dilayan dengan adil.
    Kalau ini terlalu kerap terjadi, laporkan pada orang yang mampu merubah keadaan.
    Atau kau cuba cakap sendiri dengan Ayah kau apabila dia sedang tenang.
    Bagitahu dia yang kau terluka.

    Kau layak untuk merasa sedih kerana ia akan diganti dengan 10 kali bahagia.

    Kuatkan diri!

    ReplyDelete
  5. thanks panda kerna faham aku . :)

    terluka sangat2 !

    ReplyDelete