#71

entah mimipi buruk apa yang melanda
semua tentang kau semalam aku jumpa
secara tiba-tiba jantung terasa berhenti denyutannya
tersangat gila dan di luar aku punya jangka !!!

kenapa mesti kau ?
kenapa mesti dia ?
kenapa mesti aku ?
kenapa mesti kita ?

jujur aku kata
aku tidak kuat dengan ini perkara
meskipun senyum lebar yang aku lemparkan
tapi di dalam hati aku sudah tidak tahan

jika suatu masa
doktor kata hati aku banyak tanda
terlalu banyak plaster di sana
kau aku tuntut untuk cari penderma  !!

sakit yang menimpa
hanya aku yang dapat rasa
tiada siapa tahu bagaimana
setiap kali kau dan dia muncul dalam jiwa

masih ada sisa tanda tanya
kenapa mesti dia ?
kenapa bukan aku ?
dan kenapa mesti kamu ?


4 comments:

  1. sakit mu itu tiada ubat, hanya kau yang tahu penawarnya...

    ReplyDelete
  2. biarlah berlalu
    dan kamu teruslah melangkah ke depan

    ReplyDelete
  3. Hey.

    Kau cuma perlu bersabar.

    dan tahulah, kalau takdir menemukan kau dan dia, jadi pasti ada sebab.

    :)

    kau jangan risau. semuanya ada jawapannya. toleh ke belakang supaya kau lebih pantas maju ke hadapan.

    jangan biarkan yang lepas itu melemahkan kau.
    biarkan ia menjadi penguat dan pendorong kau untuk menerus :)

    ReplyDelete