#74

pagi tadi
aku makan dalam lagi
kecewa menyelubungi diri
sakit gila ini hati

walaupun  bukan aku punya salah
tapi kau tetap pandang aku macam tak guna
Dia yang terang-terang perangai macam sampah
dia pula yang kau bela !

apa yang kau fikir sebenarnya ?

aku tahu
memang telah lama kau simpan hajat
untuk pukul aku bukan ?
sehingga kerusi tadi hampir hinggap di badan.

ah .
aku semakin tidak faham
hati aku semakin menusuk di dalam
hanya tuhan yang tahu ini perasaan .

kehadapan kau yang aku sanjung
teruskan bela si dia
dan sentiasa persalahkan aku
badan aku rela di pijak sampai mati 
kalau itu yang kau mahu buat selama ini.

#terpaksa makan dalam ! harap hati aku menjadi besi~

3 comments: