#141

Hari ini
genap lapan tahun hubungan kita
sungguh tidak ku sangka
masa begitu pantas berlalu membawa cerita lama

Untuk yang keLAPAN tahun ini
aku mencuba untuk melupa
melupa bahawa kau yang sentiasa disini (diJIWA)
ia juga untuk kebaikan kita berdua

rasanya amat sukar aku tempuhi
kerana mana mungkin bisa ku jalani hidup ini
kau adalah 90% dari aku punya hati .
walaupun bersua muka cuma Setahun Sekali .

tapi
aku berjanji bersama rasa di kedalaman ini
akan aku biarkan angin rindu dan kasih berlalu
tanpa menyapa tubuhku yang merasakan hangatnya cinta mu.

"Selamat hari keTEMUan kita untuk tahun yang keLAPAN "

*semoga kau berbahagia 
bersama si rusuk kiri  itu.

33 comments:

  1. Lama.
    Pasti palitan memori kalian dalam.
    Lapan tahun, hampir separuh umur kamu.
    Lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya . sangat lama .
      rasanya Ia sudah sebati dengan hati .
      tapiiii .... :)

      Delete
  2. bila baca komen di atas, perkataan 'tapi......' itu menimbulkan tanda tanya.

    hmm..moga sebati yang membawa kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada awalnya aku juga berharap begitu .
      tapi.... :)

      Delete
  3. ko ngn Fel sama je...

    burung hantu, tdur lambat!

    sama rr kita ber3 :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi. Saya nampak ada orang seru nama saya. Haha.

      Delete
  4. uh 8 taun dh hebat2.smoga nnti nasik minyak tu aku dpt telan..heheh jemput tau..hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa . cuba lihat tulisan aku sebelah kanan .
      dia sudah ada rusuk kiri la zaxx :)

      Delete
  5. tempoh yg sgt lama. semoga kekal selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekal selamanya ? mungkin bisa , tapi cuma sebagai sepupu saudara :)

      Delete
  6. Pergh. 8 taun. Gile lama ouh! Tapi takpe. Ada hikmah di sebaliknya, yang mungkin akan ko ketahui bila sampai masanya nanti. Bersabar ya :)



    p/s: Mcm pernah ku baca di blog seorang lelaki ttg 8 taun ini. Lelaki yg sama mungkin? Hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sentiasa bersabar . tabah :)

      oooh . lelaki itu pasti bukan lelaki yang aku maksudkan

      Delete
  7. " semoga kau berbahagia bersama si rusuk kiri"
    Maksudnyaa.. Ini mengenang kisah lama ehh? Harap tabah :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya . semoga dia berbahagia !
      dia sudah mempunyai rusuk kiri , tapi dia juga masih ingin aku di hati

      Delete
    2. alamatnya, kesian lah si rusuk kiri baru itu, di depan nya dia, di hatinya kamu.

      **konsep cinta yg amat membingungkan si hati dan sanubari seorang aku. ^^;

      Delete
  8. sedih kmk baca..
    bila ktk mowk nanggah kmk?
    :)

    ReplyDelete
  9. 8 tahun. kalo dah kawin anak dah darjah 2. eh?

    ReplyDelete
  10. arghh,
    persetan.
    lupakan...sedang dia lagi bahagia,
    kita derita.

    ReplyDelete
  11. lapan tahun? memang masa-masa yang cukup berbaloi.

    ReplyDelete
  12. Dia mungkin sudah ketemu bahagianya. Kamu bila lagi mahu angkat kaki dan buka peluang untuk diri?

    ReplyDelete
  13. Abang shera jangan sedih. Tak brado-brado la gini. Hehe.

    ReplyDelete
  14. gila lama dah lapan tahun ! moga sampai akhir hayat kau orang berdua :))

    ReplyDelete
  15. hati kau masih punya ruang untuk dia , bukan ? :))

    ReplyDelete